Kelab Bahasa Melayu

Assalamualaikum . Hai ! Pada hari ini kami akan menceritakan tentang Kelab Bahasa Melayu .



Kelab Bahasa Melayu mempunyai 67 anggota murid . Guru Kelab Bahasa Melayu pula ialah 24 orang . Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pertama yang diketuai oleh Putri Arissa binti Syafiq manakala kumpulan kedua diketuai oleh Farah Natasya binti Abdul Kamarul . 


Pada kali pertama untuk perjumpaan Kelab Bahasa Melayu , kami membuat Mesyuarat Agung untuk melantik AJK Kelab Bahasa Melayu . Pada kali kedua pula , kami mula melakukan aktiviti - aktiviti yang menarik seperti permainan bahasa , teka - teki dan sebagainya . Kami amat suka melakukan aktiviti - aktiviti menarik . 


Pada minggu lepas , kami membuat Kempen Bahasa Melayu Budaya Kita シ . Kempen itu telah dilancarkan pada 14 Ogos 2017 dan penutup pula pada 19 Ogos 2017 . Banyak pertandingan yang telah dilakukan seperti mendeklamasikan sajak , pertandingan bercerita dan sebagainya .


Itulah sedikit sebanyak kisah kami pada hari ini . Sekian terima kasih ❤


KEEP CALM AND LOVE BAHASA  MELAYU











Comments

Popular Posts